Isnin, 29 November 2010

Mengingat : Murabbi Cinta ( Aku terima nikahnya 3)

Cinta menjadikan manusia suka disuruh.
Agar dengan cinta itu kita suka disuruh dan disuluh.
Namun, cinta yang tidak ditentukan arahnya menjadi tidak tentu arah.
Cinta menjadi penunduk kehambaan.
Hambalah manusia kepada sesama hamba,
yang hakikat semuanya adalah hamba kepada nafsu dan diri.

Murabbi Cinta by Hasrizal Abdul Jamil
saifulislam.com

Ahad, 7 November 2010

M e n g i g a t k a n : Diri sendiri jugak pada sahabat

Rabu, 27 Oktober 2010

Terabai :: Maafkan saya

Sesuatu... Terlintas.
Mungkin ini permulaan dan mungkin juga pengakhiran..
Dimana kalian bangun menatap bangga
pada sesusuk tubuh yang bertahan kekar.... bangga?

Sakit... tapi tidak terzahir pada pandangan
Wahai manusia.. tidak cukupkah lagi kurniaan Tuhan?
Menghentak kaki.. memecah bumi.. menanam segala besi dan batu
Dirikan segala dengan kemegahan... namun mereka lupa

Keluhan demi keluhan lahir dari bibir
Menepuk dada tanda telah melakukan amanat..
" Kamu lupa sesuatu!"
" Kamu lupa sesuatu!" dan mungkin kamu lupa banyak hal..
Mereka terdiam... duduk, letih lesu otak berfikir
" Apa lagi yang kalian mahu?" katanya sambil menuding jari..
Yakin semuanya telah dilakukan..

Terdengar suara halus... dibawa angin.. tulus mulus
Namun sangat jelas
" Adakah kamu sudah lupa!"
Termanggu... suara itu berbisik lagi
" Adakah kamu sudah lupa pada Tuhanmu?"
" Adakah kamu sudah lupa pada Penciptamu?"
" Adakah kamu sudah lupa kepadaNya?."

Gementar.. tubuhku berkocak kuat...
Ya Rabb... hambaMU lupa untuk bersyukur..
Ya Rabb... Ya Rahman.. Ya Rahim
Maafkan hamba.. maafkan hamba.. maafkan..

28 Oktober 2010
12:08am

Ahad, 5 September 2010

Selasa, 31 Ogos 2010

Perkongsian sebagai INGATAN : Wanita, Sesungguhnya Allah SWT sangat menyayangi kalian :)

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang
akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan
oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki
syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan
pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit
akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala
satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan
jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang
sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka. Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan. Sekian,wassalam
<~Selangkah diriku pada-Mu, Seribu langkah diri-Mu padaku~>

Selasa, 17 Ogos 2010

Ingat : It's your choice!

"Tudung penutup diri. Malu pelindung hati."

Apa niat kita bertudung? Atau lebih tepat lagi, kenapa kita menutup aurat? bertudung kerana trend? kerana nak nampak cantik? atau nak menutup kekurangan wajah? dan lain-lain...? bukan kerana Allah?.. Menutup aurat mestilah atas dasar tauhid, kerana iman, kerana Allah. Jika kerana urusan lain, maka itulah yang akan menjerumuskan wanita yang bertudung ke arah kemungkaran.

Firman Allah:
" Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal. Mudah-mudahan dengan itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah maha pengampun." (Al-Ahzab:59)

Isnin, 9 Ogos 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak..

 

Blog Template by Arianie Annie